::Snow Pink::
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Hope you enjoy at here.


My Visitor's!

 Online Users




Tagboard!



BFF!



sahabat ukhwah fillah!



Hasanah and me!



My friends!



Friend 12years!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Shahirah Rahman
Others:   


nak jadi macam kak Madihah!


pada 4 Mac 2012, seorang pelajar cemerlang SMKA Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu yg mndpt 19A1, 1A2 SPM 2008 (Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal)tlh dtg ke SMKA Agama Kota Kinabalu. ne merupakan pengalaman yg plg berHARGA buat diriku.

kak Madihah membahaskan dirinya sebagai kakak dgn kami semua. best sgt tem dgr dia bgi ceramah. even, xlama. bapa kak Madihah pun sporting. bapa dia pun ada juga bagi kata2 semangat bt kami suma. ehe. ok laa, sya mau kongsi sedikit pa2 yg sya dpt dri kak Madihah.

~ramai manusia yg memusnahkan Akhirat dgn membina kebahagiaan di Dunia.

~kalau nak BERJAYA:

kalau xpandai: BELAJAR
kalau xingat: TULIS
kalau xfaham: TANYA

MALU BERTANYA, SESAT JALAN ^_^

~Jangan tidur tem org smpaikan ilmu #sya pn slalu tdoo..buruk perangai#

"jangan takut, jangan sedih, Allah sentiasa bersama kita"

~usaha tanpa tawakal = sombong

~tawakal tanpa usaha = kosong

"Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan dengan perancangan"

ingatlah, Kesusahan bukan penghalang kejayaan.

~harus ada TARGET dlm diri.

~jgn mudah goyah ketika berada di dunia luar

~jaga hubungan dgn Allah

~hormati ibu & bapa

~jgn bercerita tem cikgu mengajar. FOCUS!


melalui buku Tautan Hati kak Madihah, dia ada cerita juga yg dia selalu lakukan amalan sunat.
contohnya: puasa sunat isnin & khamis dan solat2 sunat. fuhh, yg penting, semangat kak Madihah kuat untuk berjaya.

sekarang ne kak Madihah tgh belajar kat KOLEJ di semenanjung. *xingat nama kolej tu..hehe*

~orang yang berjaya cipta peluang, orang yang x berjaya cipta alasan~




ne gambar kak Madihah dgn ibu bapa tercinta saat menerima keputusan cemerlangnya :)


untuk kak Madihah:

saya amat bersyukur kerana kakak sanggup dtg ke sekolah kami untuk memberikan kami semangat. terima kasih kak :) saya doakan kakak dapat mencapai cita-cita yg diimpikan. semoga kakak sentiasa dilindungi Allah dlm menghadapi cabaran dunia luar. kami akan mengikut jejak langkah kakak. insyaAllah ^_^



kata-kata semangat dari saya :)

kita ada hala tuju masing-masing. dalam kita sibuk mengejar duniawi, jangan pernah lupakan ukhrawi. ingatlah, kita ne hamba Allah. walaupun kita gagal, jangan cepat menyerah. mungkin saja Allah sedang mengujimu saat itu. ingatlah, semua usaha kita akan dikerjakan akan diperlihatkan dengan adil. walau apa pun keputusan yg diterima, anggaplah tu hadiah daripada Allah. cemerlang atau tidak, Allah tahu nak bagi hadiah mcm mna untuk kita, Allah tahu yg terbaik untuk kita, yakinlah! jangan anggap, org yg cemerlang, akan cemerlang untuk selama-lamanya. jangan anggap, org yg tidak cemerlang akan kecundang selama-lamanya. semua itu adalah perancangan Allah. semata-mata untuk menguji kita. berdoalah. tawakal adalah pelengkap untuk kejayaan. tiada guna cemerlang gemilang di dunia, tapi gagal gemilang di akhirat. nauzubillah, moga-moga kita bukan terdiri drpd golongan seperti itu.